Alhamdulillah. Selaut kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT atas nikmat yang tidak terhingga. Selawat dan salam keatas Rasul SAW Junjungan dan pelangsung dakwah agama Allah dimuka bumi ini.
Pembangunan modal insan amat di titikberatkan oleh Perdana Menteri Y.A.B Datuk Seri Haji Abdullah Bin Datuk Haji Ahmad Badawi dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi melahirkan generasi ulul albab yang yang berketerampilan.
Ini amat bertepatan dengan hasrat Persatuan Sejarah untuk melahirkan masyarakat Universiti Darul Iman
Persatuan Sejarah ingin dilahirkan bagi membentuk nilai-nilai sayang dan cintakan Universiti Darul Iman Malaysia amnya dan negara Malaysia khususnya. Selain menjadi wakil kepada Universiti dalam hal yang berkaitan sejarah dan komunikasi.
Semoga Persatuan Sejarah ini dapat menjalankan amanah yang dipikul dengan sempurna dan mencapai objektif sebagaimana telah digariskan serta mendapat keredhaan Allah S.W.T. InsyaAllah.

0 comments:
Post a Comment