Sunday, February 15, 2009

Objektif Penubuhan

• Memupuk semangat sayang dan cintakan Negara dalam diri individu serta masyarakat Universiti Darul Iman Malaysia khususnya.

• Mengeratkan hubungan ukhuwah dan silaturrahim antara mahasiawa Universiti Darul Iman Malaysia.

• Meningkatkan tahap intelektual dan aktiviti persatuan dalam semua aspek, meliputi agama, akademik, sahsiah , sejarah dan sosial.

• Melahirkan produk mahasiswa yang celik sejarah, mengenali pemimpin terdahulu dan kini serta boleh menyampaikan mesej tersurat dan tersirat berkaitan sejarah negara kepada masyarakat.

• Mendokong dan memperjuangkan aspirasi dan inspirasi Universiti Darul Iman Malaysia.

• Memberi sumbangan yang konkrit untuk perkembangan dan kemajuan masyarakat dalam segenap lapangan serta memperjuangkan hak-hak dan kepentingannya.

• Medium kepada masyarakat kampus dalam perkara yang berkaitan dengan perkembangan, halatuju dan hasrat kerajaan.

• Bekerjasama dengan agensi kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam bersama-sama berusaha memperjuangkan hak-hak bangsa Malaysia untuk pembangunan dan kemajuan agama dan negara.

• Menanam dan menyemaikan perasaan sayang dan hormat kepada agama, raja, pemimpin dan perlembagaan.

• Menyalurkan idea dan inspirasi daripada tokoh sejarah lampau daripada Tamadun Melayu, Tamadun Islam dan lain-lain.

• Isu utamanya agar mahasiswa Universiti Darul Iman Malaysia tidak hanya peka dalam bidang masing-masing sahaja. Namun, turut mengetahui sejarah lalu sebagai nilai tambah untuk bertemu masyarakat khususnya dan alam pekerjaan khasnya.

Pengenalan

Alhamdulillah. Selaut kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT atas nikmat yang tidak terhingga. Selawat dan salam keatas Rasul SAW Junjungan dan pelangsung dakwah agama Allah dimuka bumi ini.

Pembangunan modal insan amat di titikberatkan oleh Perdana Menteri Y.A.B Datuk Seri Haji Abdullah Bin Datuk Haji Ahmad Badawi dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi melahirkan generasi ulul albab yang yang berketerampilan.

Ini amat bertepatan dengan hasrat Persatuan Sejarah untuk melahirkan masyarakat Universiti Darul Iman Malaysia yang memiliki semangat patriotisme untuk menjaga dan mempertahankan tanahair dari sebarang ancaman musuh samada dari dalam mahupun luar Negara. Bukan sekadar memiliki ilmu berkaitan bidang yang dipelajari sahaja.

Persatuan Sejarah ingin dilahirkan bagi membentuk nilai-nilai sayang dan cintakan Universiti Darul Iman Malaysia amnya dan negara Malaysia khususnya. Selain menjadi wakil kepada Universiti dalam hal yang berkaitan sejarah dan komunikasi.

Semoga Persatuan Sejarah ini dapat menjalankan amanah yang dipikul dengan sempurna dan mencapai objektif sebagaimana telah digariskan serta mendapat keredhaan Allah S.W.T. InsyaAllah.