Friday, July 10, 2009

Selamat Kembali ke kampus

Assalamualaikum...
kepada semua warga Universiti Darul Iman Malaysia.. kami barisan exco Persatuan Sejarah mengucapkan selamat kembali ke kampus kepada pelajar2 lama dan selamat datang ke pada pelajar2 baru..semoga semester baru ini menjadikan kita semua lebih baik daripada semester sebelumnya..

Sunday, April 19, 2009

Selamat Mengahadapi Peperiksaan Akhir


assalamualaikum...
kesempatan yang ada ni.. semua exco dan Majlis Tertinggi Persatuan Sejarah UDM mengucapakan selamat maju jaya kepada semua ahli persatuan sejarah UDM dan exco dan majlis tertinggi SEJATI khasnya.. dan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua pelajar UDM sesi Disember 2008/2009.

diharapkan semua ahli Persatuan dan pelajar UDM berjaya dengan cemerlang...

Tuesday, March 17, 2009

Gambar sukan rakyat

Barisan jawatankuasa sukan rakyat PSU





alahai cian dia kene tepung...



habis muka yang cun...
kene tepong gomak....(acara zombi udm)

tengok apa lah agaknye abang presiden kita nie..







acara driver zaman batu.....testing tarik...berat juga tu




Taklimat peserta sebelum acara passing getah

Sunday, March 15, 2009

pasca sukan rakyat persatuan sejarah

salam buat semua..
berkut merupakan sedikit laporan tentang sukan rakyat PSU....

sukan di mulakan dengan sesi sarapan pagi beserta taklimat ringkas permainan..peserta dibahagikan kepada kumpulan mengikut beberapa warna iaitu merah, biru, hijau , ungu,kuning, kelabu dan jingga...

kesemua peserta memberi komitmen yang baik dalam sukan kali ni..
dalam entry berikutnya, akan di attachkan gambar2 sepangjang program berlangsung..

k...selamat maju jaya untuk semua..

wassalam..

Sunday, March 8, 2009

Sukan Rakyat Persatuan sejarah UDM

Assalamualaikum..

perhatian kepada semua ahli kelab sejarah dan warga UDM umumnya..
berdasar tajuk di atas.. insyaAllah PSU akan mengadakan program sukan julung kalinya.
program ini bertujuan mengeratkan hubungan ahli persatuan dengan exco serta memberi pengalaman kepada exco menganjurkan program..
selain itu programini bertujuan memberi pendedahan kepada ahli persatuan dengan permainan tradisional kanak-kanak melayu dahulu.. pun begitu tidak semua permainan sukaneka ini merupakan permainan tradisi..yang menarik, peserta mestilah memakai kain batik atau kain pelekat ketika bermain.. sarapan pagi juga disediakan.

berikut merupakan tentatif program:

tarikh: 13 Mac 2009
tempat: padang belakang blok Ummu Sulaim
masa: 8.00 pg-12.00 gh
aktiviti:
  • Zombi UDM
  • Larian Askar Melayu
  • Ayam jantan bertelur
  • Bola Sepak
  • Pasing Getah
  • Papa Kanggaroo
  • Driver zaman batu
untuk makluman tidak semua permainan boleh disertai oleh lelaki dan perempuan. sebarang maklumat lanjut berhubung progarm kali ni boleh lah hubungi saudari Azian Farhana (013-8520307) ataupun saudara Mohd Hamizan(013-9355418).

Sunday, February 15, 2009

Objektif Penubuhan

• Memupuk semangat sayang dan cintakan Negara dalam diri individu serta masyarakat Universiti Darul Iman Malaysia khususnya.

• Mengeratkan hubungan ukhuwah dan silaturrahim antara mahasiawa Universiti Darul Iman Malaysia.

• Meningkatkan tahap intelektual dan aktiviti persatuan dalam semua aspek, meliputi agama, akademik, sahsiah , sejarah dan sosial.

• Melahirkan produk mahasiswa yang celik sejarah, mengenali pemimpin terdahulu dan kini serta boleh menyampaikan mesej tersurat dan tersirat berkaitan sejarah negara kepada masyarakat.

• Mendokong dan memperjuangkan aspirasi dan inspirasi Universiti Darul Iman Malaysia.

• Memberi sumbangan yang konkrit untuk perkembangan dan kemajuan masyarakat dalam segenap lapangan serta memperjuangkan hak-hak dan kepentingannya.

• Medium kepada masyarakat kampus dalam perkara yang berkaitan dengan perkembangan, halatuju dan hasrat kerajaan.

• Bekerjasama dengan agensi kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam bersama-sama berusaha memperjuangkan hak-hak bangsa Malaysia untuk pembangunan dan kemajuan agama dan negara.

• Menanam dan menyemaikan perasaan sayang dan hormat kepada agama, raja, pemimpin dan perlembagaan.

• Menyalurkan idea dan inspirasi daripada tokoh sejarah lampau daripada Tamadun Melayu, Tamadun Islam dan lain-lain.

• Isu utamanya agar mahasiswa Universiti Darul Iman Malaysia tidak hanya peka dalam bidang masing-masing sahaja. Namun, turut mengetahui sejarah lalu sebagai nilai tambah untuk bertemu masyarakat khususnya dan alam pekerjaan khasnya.

Pengenalan

Alhamdulillah. Selaut kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT atas nikmat yang tidak terhingga. Selawat dan salam keatas Rasul SAW Junjungan dan pelangsung dakwah agama Allah dimuka bumi ini.

Pembangunan modal insan amat di titikberatkan oleh Perdana Menteri Y.A.B Datuk Seri Haji Abdullah Bin Datuk Haji Ahmad Badawi dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi melahirkan generasi ulul albab yang yang berketerampilan.

Ini amat bertepatan dengan hasrat Persatuan Sejarah untuk melahirkan masyarakat Universiti Darul Iman Malaysia yang memiliki semangat patriotisme untuk menjaga dan mempertahankan tanahair dari sebarang ancaman musuh samada dari dalam mahupun luar Negara. Bukan sekadar memiliki ilmu berkaitan bidang yang dipelajari sahaja.

Persatuan Sejarah ingin dilahirkan bagi membentuk nilai-nilai sayang dan cintakan Universiti Darul Iman Malaysia amnya dan negara Malaysia khususnya. Selain menjadi wakil kepada Universiti dalam hal yang berkaitan sejarah dan komunikasi.

Semoga Persatuan Sejarah ini dapat menjalankan amanah yang dipikul dengan sempurna dan mencapai objektif sebagaimana telah digariskan serta mendapat keredhaan Allah S.W.T. InsyaAllah.